Tuesday 31 October 2023

#46 Continuous, forever, loop

 Hello and hi.

I came here again, expectedly. The last time I was first here was like 2007-2020. How time flies.

Sini lah tempat aku mengadu nasib. I do not expect anybody to find this safe-haven because I do not intend to. 

I have to let go this heavy heart, or else I do not find peace and move on. So if anybody does find this space in the end, I hope you understand everything comes right from my heart. 

Aku dibesarkan dengan ayah aku yang kuat pukul mak aku, tapi bukan adik beradik aku. 

Aku dibesarkan untuk membenci keluarga belah arwah aku disebabkan tiada pertolongan diberikan semasa membesarkan aku adik beradik. 

Aku hidup yatim piatu sejak umur 7 tahun, dan dibesarkan oleh atuk nenek belah mama dan kemudian mummy daddy apabila apabila umur 12 tahun. 

Aku dibesarkan oleh atuk nenek aku dalam keadaan mereka pilih kasih dan kurang kasih sayang. 

Aku dibesarkan oleh mereka dengan keadaan hidup yang tidak teratur, terabai dan lebih teruk dari kurang sempurna bila difikirkan semula apabila aku masih kecil. 

Aku ditipu diperdaya kawan yang menjanjikan kesenangan apabila aku berniat untuk menjadi rakan perniagaan. 

Aku ditipu diri sendiri apabila tidak belajar apabila peluang diberikan untuk aku belajar ke luar negara

Aku dipandang hina apabila ditipu dan semua kepercayaan aku telah dirampas dan tiada kebebasan suara diberikan. 

Aku berkahwin dengan seorang panas baran. 

Mengingatkan aku semula semua kisah lama di mana, arwah abah, atuk, mummy daddy sejenis berdendam dan panas baran. 

Aku tak expect untuk mereka faham aku. Cukuplah aku simpan di sini sahaja. Harapan aku, aku nak cari ketenangan tanpa aku fight dan naturally flow dalam hidup aku. 

Terima kasih laman ini kerana mendengar luahan aku. 

Biarlah. Biarlah. 

Aku hanya mahu tenang.